23 April 2011 (Sabtu), Jam 8.00 pagi - 4.00 petang, MGC PPD Machang telah mengadakan kursus pembinaan laman blog Fasa 1 untuk semua AJK dan beberapa GC terpilih. Objektif kursus adalah untuk memperkasakan ICT di kalangan semua GC PPD Machang bagi membolehkan mereka melaksanakan perkongsian pintar dengan semua pelajar dan guru lain berkaitan kepakaran mereka. Malangnya sambutan kurang menyeronokkan kerana hanya 12 peserta yang hadir daripada 20 peserta yang dijemput oleh PPD. Pihak MGC perlu membuat penyiasatan mengapa mereka tidak hadir, mungkinkah kerana kursus diadakan pada hari sabtu atau mereka mempunyai tugas lain yang lebih mustahak atau tidak berminat atau sengaja tidak mahu hadir atau tidak terima maklumat mengenai kursus. Jika tidak menerima maklumat, kami rasa PPD telah fax surat jemputan rasmi ke sekolah masing-masing. Sekiranya mereka ada tugas lain, mereka perlu hubungi Pengerusi atau SU. Walau bagaimana pun ada beberapa peserta yang membuat laporan ketidakhadiran mereka kepada AJK. Kami berharap supaya peserta yang terlibat dengan kursus Fasa 2 dapat hadir sepenuhnya kerana ini adalah agenda kita semua.
fasa 2 buat hari rabu....
ReplyDeleteSaya hadir sama tapi masih belum faham lagi
ReplyDeleteSatu kursus yang amat bernilai kepada semua guru. Harap dapat diadakan untuk tahap lanjutan
ReplyDeleteKENAPA MINUMAN KURSUS BLOGGER KURANG MEMUSKAN
ReplyDeleteTerima kasih kerana menganjurkan kursus ini.Tetapi saya kurang mahir lagi.Kena banyak latihan lagi.Kini saya dah dapat buat blog saya sendiri.
ReplyDeletemaaf dana tak cukup
ReplyDeletelepas ni kita kursus di smk(a) wataniah....pastinya minuman/makanan sedap...
ReplyDelete