Kursus Pembinaan Laman Blog MGC Machang

23 April 2011 (Sabtu), Jam 8.00 pagi - 4.00 petang, MGC PPD Machang telah mengadakan kursus pembinaan laman blog Fasa 1 untuk semua AJK dan beberapa GC terpilih. Objektif kursus adalah untuk memperkasakan ICT di kalangan semua GC PPD Machang bagi membolehkan mereka melaksanakan perkongsian pintar dengan semua pelajar dan guru lain berkaitan kepakaran mereka. Malangnya sambutan kurang menyeronokkan kerana hanya 12 peserta yang hadir daripada 20 peserta yang dijemput oleh PPD. Pihak MGC perlu membuat penyiasatan mengapa mereka tidak hadir, mungkinkah kerana kursus diadakan pada hari sabtu atau mereka mempunyai tugas lain yang lebih mustahak atau tidak berminat atau sengaja tidak mahu hadir atau tidak terima maklumat mengenai kursus. Jika tidak menerima maklumat, kami rasa PPD telah fax surat jemputan rasmi ke sekolah masing-masing. Sekiranya mereka ada tugas lain, mereka perlu hubungi Pengerusi atau SU. Walau bagaimana pun ada beberapa peserta yang membuat laporan ketidakhadiran mereka kepada AJK. Kami berharap supaya peserta yang terlibat dengan kursus Fasa 2 dapat hadir sepenuhnya kerana ini adalah agenda kita semua.

URL GC Machang

cikgukhatijah.blogspot.com   
cikguzas.blogspot.com        
 myskam.blogspot.com                        
cikguzaharani.blogspot.com  
cikgurodziah.blogspot.com       
cikgunorsham.blogspot.com
tokwan68.blogspot.com        
cobskpc.blogspot.com        
cikguzultemangan.blogspot.com         
mahsmach.blogspot.com       
stophait.blogspot.com          
cikgusyahida.blogspot.com



URL KPM
http://spp.moe.edu.my/

Maaf...blog-blog dalam latihan/percubaan, boleh lihat